Manifesto PRN17
Manifesto ini dibina berasaskan aspirasi rakyat Pitas untuk perubahan yang stabil, pembangunan berterusan dan kesejahteraan hidup. Ia menekankan komitmen kerja nyata, penyelesaian masalah asas lapangan serta kesinambungan kejayaan penggal terdahulu yang telah terbukti.
1. Tanah dan Kehidupan Rakyat
- Meneruskan penyelesaian geran tanah NCR melalui program pengukuran PANTAS, NCR dan gazat kampung di seluruh DUN Pitas, khususnya kawasan SAFODA dan BEGARRAYA.
2. Memperkasa Pendidikan
Sumbangan Yuran PIBG, Tabung PIBG dan Insentif Pelajar Cemerlang SPM/STPM diteruskan setiap tahun.
Bantuan RM5,000 kepada pusat tuisyen komuniti.
Bantuan komputer riba dan telefon pintar kepada pelajar lepasan SPM yang memasuki IPTA/IPTS melalui Pejabat Pendidikan Daerah.
Menaik taraf sekolah daif luar bandar Pitas dan mengenal pasti tapak sekolah baharu.
3. Kesihatan dan Kebajikan Rakyat
Sumbangan bayaran pendaftaran kecemasan (RM1) untuk pesakit luar Hospital Pitas.
Pengangkutan percuma dua kali seminggu bagi pesakit berjanji temu di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Wanita, Pemuda dan Beliawanis menerima kuota 10 buah rumah SMJ setiap tahun.
4. Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Pembinaan Rumah Budaya bagi setiap etnik utama di Pitas dalam tempoh 5 tahun.
Pembinaan dewan terbuka di kampung yang belum mempunyai kemudahan.
Penubuhan DSRA Centre untuk aktiviti kebudayaan, bimbingan belia dan kursus komuniti.
Penyelesaian masalah jalan raya Rosob-Dandun dan Salimpodon-Darat.
Menaik taraf sistem perparitan dan elektrik di kawasan dikenal pasti.
5. Ekonomi Rakyat
Memperbaiki jalan dan rangkaian pertanian di kawasan pengeluaran utama berdasarkan data Jabatan Pertanian.
Mengembangkan pusat pengumpulan dan pemasaran hasil tani serta perikanan.
Mengangkat produk tani dan gerai-gerai tempatan ke pasaran lebih luas.
Menyediakan kursus digital seperti Canva, TikTok Business dan WhatsApp Business untuk belia.
Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pembangunan Kolam Udang Kg. Kuyuh.
6. Pembangunan Belia dan Sukan
Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN diteruskan tanpa yuran penyertaan.
Menyediakan platform mengasaskan persatuan belia serta geran pembangunan kelab.
Program latihan kemahiran belia bersama agensi kerajaan.
Mewujudkan Kompleks Sukan Daerah Pitas yang telah diluluskan.
Membangunkan Litar Sukan Ekstrem Bermotor untuk bakat anak muda.
7. Memperkasa Pekan Baharu Pitas
Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN diteruskan tanpa yuran penyertaan.
Menyediakan platform mengasaskan persatuan belia serta geran pembangunan kelab.
Program latihan kemahiran belia bersama agensi kerajaan.
Mewujudkan Kompleks Sukan Daerah Pitas yang telah diluluskan.
Membangunkan Litar Sukan Ekstrem Bermotor untuk bakat anak muda.
8. Bantuan Keagamaan
Sumbangan Tabung Rumah Ibadat RM1,000 setiap tahun kepada semua masjid dan surau.
Kelas mengaji Al-Quran di setiap 10 PDM Pitas dengan elaun guru ditanggung sepenuhnya.
Penambahan tanah wakaf dan penyediaan prasarana pendidikan agama di kampung-kampung.
Setiap teras dirangka secara praktikal dengan sasaran yang boleh dilaksanakan, berlandaskan data lapangan dan keperluan sebenar penduduk. Ia mencerminkan pendekatan yang inklusif, bertanggungjawab, serta berpaksikan kesejahteraan rakyat di seluruh 10 PDM dalam DUN N.3 Pitas.
Secara keseluruhan, manifesto ini membawa mesej bahawa pembangunan Pitas mesti diteruskan dengan komitmen yang jujur, stabil dan terbukti berkesan—selaras dengan tekad untuk memastikan Pitas terus maju, makmur dan sejahtera.

