Skip to content
Pitas DihatikuPitas Dihatiku
  • Utama
  • Manifesto PRN16
  • Manifesto PRN17
  • Pencapaian 5 Tahun
  • Informasi
Pitas DihatikuPitas Dihatiku
  • Utama
  • Manifesto PRN16
  • Manifesto PRN17
  • Pencapaian 5 Tahun
  • Informasi
55 SUMBANGAN DAN PERKARA YANG DILAKSANAKAN

LAPORAN PENCAPAIAN & SUMBANGAN

Laporan ini menghimpunkan 55 pencapaian utama YB Dato’ Sri (Dr) Ruddy Awah JP sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N.3 Pitas, Pembantu Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, serta Pembantu Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Setiap inisiatif yang disenaraikan merangkumi aspek pembangunan ekonomi, kebajikan masyarakat, pendidikan, telekomunikasi, bekalan elektrik dan air, infrastruktur asas, pembangunan komuniti, isu tanah, pemerkasaan budaya, serta program sokongan belia, wanita, nelayan, petani dan golongan memerlukan di seluruh kawasan DUN N.3 Pitas.

Penyusunan laporan ini dibahagikan kepada kategori utama bagi memudahkan rujukan dan penilaian menyeluruh terhadap usaha pembangunan yang telah dijalankan. Ia merakamkan pelaksanaan yang konsisten, merangkumi projek berimpak tinggi, infrastruktur kritikal, serta program kemasyarakatan berterusan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Sebanyak 55 program dan projek yang telah dilaksanakan menunjukkan komitmen berterusan dalam memajukan Pitas melalui pendekatan menyeluruh—meliputi keperluan harian, kemudahan asas, pembangunan jangka panjang dan pemerkasaan modal insan.

A. Ekonomi, Komersial & Pembangunan Daerah

1. Tertubuhnya bank pertama di Pitas (Agrobank) bertempat di bangunan SEDCO, Pekan Pitas.
2. Pembinaan bangunan rumah kedai Pekan Pitas sebagai projek berimpak tinggi.
3. Majlis pecah tanah Projek Perumahan & Komersial Kg Taka (pembangunan kediaman dan komersial berskala besar).
4. Mewujudkan pasar malam bulanan di Daerah Pitas.
5. Membina gerai serta mewujudkan tamu di kampung-kampung.
6. Membantu membina 10 lot gerai jualan sayur penduduk Kg Mempakad.
7. Kejayaan Festival Tahun Baru Cina World Book of Record yang mengangkat nama Pitas dalam industri pelancongan.

B. Kebajikan, Pendidikan & Sokongan Sosial

8. Menyediakan dua buah van jenazah percuma (Muslim & bukan Muslim).
9. Menyediakan kereta jenazah 4x4 bagi kawasan atau kampung yang mempunyai jalan sukar.
10. Sumbangan tabung masjid dan surau DUN N.3 Pitas setiap tahun.
11. Sumbangan tabung gereja kawasan DUN N.3 Pitas setiap tahun.
12. Sumbangan pembayaran yuran dan tabung PIBG yang ditanggung setiap tahun.
13. Sumbangan pelajar cemerlang SPM & STPM setiap tahun.
14. Sumbangan televisyen percuma untuk semua sekolah N.3 Pitas bagi meningkatkan pembelajaran.
15. Sumbangan berbuka puasa di setiap PDM setiap tahun.
16. Sumbangan lembu korban di setiap PDM setiap tahun.
17. Sumbangan caj pesakit luar Hospital Pitas setiap tahun.
18. Sumbangan caj pesakit Unit Kecemasan setiap tahun.
19. Menaja pembukaan akaun Tabung Haji kepada masyarakat Islam.
20. Penganjuran pelbagai program kemasyarakatan bersama agensi dan jabatan di seluruh DUN.
21. Penganjuran sukan belia dengan yuran percuma setiap tahun.

C. Komunikasi & Infrastruktur Digital

22. Kelulusan 18 pencawang menara telekomunikasi (Pitas) sepanjang tempoh perkhidmatan di KSTI.
23. Pemasangan VSAT MCMC di kampung yang mengalami masalah talian internet bermula 2021.

D. Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)

24. Kelulusan penanaman 1,000 tiang elektrik percuma untuk rakyat luar bandar DUN N.3 Pitas.
25. Kelulusan pencawang transformer elektrik, talian grid dan tiang elektrik Kg Bangkau-Bangkau.
26. Kelulusan pencawang transformer elektrik, talian grid dan tiang elektrik Kg Rosob Paun.

E. Air Bersih & Projek Infrastruktur Asas

27. Menyelesaikan projek berimpak tinggi yang terbengkalai: Balai Bomba Pitas.
28. Menyelesaikan projek berimpak tinggi yang terbengkalai: PPR Kg Indah.
29. Pembinaan Loji Rawatan Air Ke-2 Pitas beroperasi pada Oktober 2025.
30. Kelulusan Projek BALB sistem agihan dan retikulasi Daerah Pitas (Mukim Kalumpang).
31. Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) mangsa banjir pertama Pitas bernilai RM6.5 juta.
32. Sistem pengurusan bantuan banjir melalui kerjasama PKOB, UPPM dan JKKK.

F. Perumahan & Pemilikan Kediaman Komuniti

33. Pembinaan 120 Rumah Mesra Rakyat (SMJ) bagi penduduk N.3 Pitas (2022–2025).

G. Latihan, Kemahiran & Pembangunan Belia/Petani/Nelayan

34. Pelaksanaan lebih 100 kursus kemahiran melibatkan wanita, belia, petani, nelayan dan peladang (2021–2025).
35. Berjaya melesenkan lebih 500 belia melalui program MyLesen Motor B2.

H. Infrastruktur Komuniti & Fasiliti Awam

36. Menaik taraf Dataran Salimpodon sebagai ruang komuniti utama.
37. Menaik taraf Taman Awam Majlis Daerah Pitas dengan landskap baharu.
38. Membina dewan terbuka yang selesa di perkarangan Masjid Al-Amin, Pitas.
39. Membina dewan terbuka, gelanggang bola tampar dan fasiliti komuniti di kampung.
40. Pembinaan dan naik taraf jalan kampung kawasan N.3 Pitas.
41. Pembinaan dan naik taraf jambatan kampung.
42. Pembinaan dan naik taraf jalan pertanian.
43. Pemasangan lampu jalan solar di seluruh kawasan DUN N.3.
44. Naik taraf Jalan Salimpodon–Mantus Fasa 1 (2021) dan Fasa 2 (2024).

I. Kebudayaan, Warisan & Perpaduan

45. Pembinaan Rumah Kebudayaan Kimaragang di KDCA.
46. Membina semula Rumah Budaya pelbagai suku kaum di Dataran Pitas.
47. Mewujudkan penjawatan Kapitan Cina pertama di Daerah Pitas.
48. Mewujudkan lantikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Wanita pertama di DUN N.3.

J. Isu Tanah & Pewartaan Kampung

49. Mengeluarkan tanah Sawit Kinabalu kepada 10 kampung serta 50 ekar untuk pembangunan Pitas (usaha bermula Jun 2022).
50. Mengeluarkan 12 kampung daripada pertindihan kawasan Asian Forestry Company (AFC).
51. Mengeluarkan kampung-kampung yang bertindih dalam kawasan SAFODA.
52. Usaha gigih mewartakan kampung-kampung DUN N.3 bersama Mahkamah Daerah, PPHT & JTU.

K. Pertanian & Sokongan Pesawah

53. Sumbangan bantuan padi Bernas bernilai RM263,030.00 kepada pesawah Pitas (2025).

L. Infrastruktur Pinggir Laut & Kawasan Pesisir

54. Kelulusan pembinaan Benteng Ombak Amor Rock di Kg Kesagaan.
55. Kelulusan pembinaan Benteng Ombak Amor Rock di Kg Pinggan-Pinggan dan Kg Malubang.

Laporan ini membuktikan bahawa pembangunan Pitas sepanjang tempoh 2020–2025 bukan sekadar berlandaskan janji, tetapi dilaksanakan melalui tindakan yang jelas, terancang dan menyentuh hampir setiap lapisan masyarakat.

Dengan penubuhan bank pertama di Pitas, pembinaan loji air baharu, penyelesaian projek tertangguh, pembukaan peluang ekonomi, peningkatan kemudahan pendidikan, peluasan jaringan telekomunikasi, bantuan sosial berterusan, serta penyelesaian isu tanah yang lama berlarutan—keseluruhan 55 pencapaian ini menunjukkan satu pola kepimpinan yang berasaskan kerja nyata, bukan retorik.

Pendekatan yang menggabungkan pembangunan fizikal, kebajikan komuniti, pemerkasaan ekonomi dan penyelesaian struktur memberi gambaran bahawa pembangunan Pitas berada pada landasan yang kukuh dan berterusan.

cropped-i-love-pitas.png

Platform rasmi komuniti digital Pitas yang memaparkan berita, inisiatif pembangunan, dan kisah inspirasi rakyat tempatan.

Pitas Dihatiku

  • Tentang Kami
  • Manifesto PRN17
  • Manifesto PRN16

Pautan

  • FB Ruddy Awah
  • FB Pitas Dihatiku
  • Blog

Undilah Ruddy Awah

Hakcipta Terpelihara 2026 Pitas Dihatiku. All Rights Reserved
Pitas DihatikuPitas Dihatiku
Sign inSign up

Sign in

Don’t have an account? Sign up
Lost your password?

Sign up

Already have an account? Sign in