Manifesto PRN16
Manifesto PRN16 yang diumumkan oleh Ruddy Awah pada tahun 2020 merupakan satu pelan tindakan asas untuk membina semula kepercayaan rakyat Pitas terhadap kepimpinan tempatan selepas tempoh panjang pembangunan yang tidak seimbang.
Sebagai calon bebas ketika itu, manifesto beliau menonjolkan pendekatan “berjiwa rakyat” dengan lima teras utama: Pentadbiran, Perpaduan, Pembangunan Modal Insan, Pendidikan dan Ekonomi Desa.
1. Pentadbiran
1. Mewujudkan Pejabat ADUN bagi kawasan N.3 Pitas
Status: Dilaksanakan
– Pejabat UPPM N.3 Pitas beroperasi penuh sebagai pusat aduan, pentadbiran bantuan dan penyelarasan pembangunan.
2. Pelantikan Ketua Kampung & MPKK secara undian / adil
Status: Dilaksanakan sebahagian besar**
– Pewujudan 16 kouta JKKK kampung baharu.
– Pelantikan dibuat berdasarkan persetujuan komuniti dan pembahagian setara merentas suku kaum.
3. Menyediakan jadual/taqwim mesyuarat & sesi pertemuan PDM
Status: Dilaksanakan
– Pertemuan berkala antara YB, jabatan daerah dan masyarakat setiap PDM.
– Proses menilai projek kampung dilaksanakan setiap tahun.
4. Mesyuarat ketat bersama jabatan daerah & pemantauan projek kampung
Status: Dilaksanakan
– Pemantauan projek pembangunan secara berkala sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
– Setiap permohonan projek rakyat dinilai dan dilaksanakan mengikut keperluan mendesak.
5. Peruntukan ADUN diagihkan sama rata mengikut keperluan mendesak
Status: Dilaksanakan
– Agihan seimbang untuk masjid, surau, gereja, sekolah, belia, wanita, sukan, pertanian, kecemasan dan kebajikan.
6. Menyelesaikan tanah bermasalah di kawasan N.3 Pitas
Status: Pelaksanaan signifikan
– Berjaya mengeluarkan tanah Sawit Kinabalu untuk 10 kampung.
– Usaha gigih mengeluarkan kampung yang bertindih dengan AFC dan SAFODA.
– Kerjasama Mahkamah Daerah, PPHT & JTU bagi proses pewartaan kampung.
2. Perpaduan
1. Memupuk cinta & hormat nilai budaya melalui program perpaduan
Status: Dilaksanakan
– Program perpaduan “membangun bersama” merentas suku kaum & agama.
– Sambutan pelbagai kaum diadakan setiap tahun.
2. Menghormati perbezaan agama & menyediakan rumah ibadat
Status: Dilaksanakan
– Penyelenggaraan dan menaik taraf masjid, surau dan gereja seluruh Pitas.
– Program pembukaan akaun Tabung Haji bagi komuniti Islam.
3. Menyediakan kenderaan jenazah Muslim & Non-Muslim dalam 6 bulan
Status: Ditunaikan sepenuhnya
– Dua van jenazah (Muslim & Non-Muslim).
– Satu kereta jenazah 4x4 untuk kampung jalan sukar.
3. Pembangunan Modal Insan
1. Membantu belia & beliawanis dapatkan akses pembiayaan dan kemahiran
Status: Dilaksanakan
– >100 kursus kemahiran untuk belia, wanita, petani, nelayan dan peladang.
– Program keusahawanan wanita & ibu tunggal.
2. Mewujudkan pusat latihan CIDB di Pitas
Status: Dilaksanakan
– Kursus CIDB bertauliah dijalankan; ramai belia memperoleh sijil untuk peluang kerja lebih baik.
3. Menggalakkan belia bergiat dalam sukan & rekreasi
Status: Dilaksanakan
– Penganjuran sukan percuma khusus untuk belia setiap tahun.
– Pembinaan/dewan terbuka, gelanggang bola tampar dan fasiliti rekreasi kampung.
4. Pendidikan
1. Kerjasama PPD untuk mengenal pasti keperluan sekolah
Status: Dilaksanakan
– Bantuan fizikal, fasiliti pembelajaran dan sokongan PIBG.
– Program menaik taraf infrastruktur asas sekolah melalui peruntukan ADUN.
2. Menganjurkan kempen “Satu Keluarga Satu Graduan”
Status: Dilaksanakan
– Kempen motivasi dan bimbingan pendidikan setiap PDM bersama PPD.
3. Memperkasakan bantuan pendidikan
Status: Dilaksanakan
– Pembayaran yuran PIBG setiap tahun.
– Sumbangan pelajar cemerlang SPM & STPM.
– Penyediaan TV Pembelajaran di semua sekolah N.3 Pitas.
5. Ekonomi Desa
1. Membina lebih banyak gerai jualan berkelompok & tersusun
Status: Dilaksanakan
– Pembinaan gerai desa, pasar malam bulanan & tamu kampung.
– Pembinaan 10 lot gerai jualan sayur di Kg Mempakad.
2. Kerjasama dengan TEKUN, AIM & YUM untuk pembiayaan
Status: Dilaksanakan
– Pembiayaan mikro untuk wanita, ibu tunggal & suri rumah.
– Program keusahawanan desa & sokongan pemasaran.
3. Usaha dan kerjasama ekonomi berkumpulan (koperasi)
Status: Sedang dijalankan
– Penyertaan komuniti dalam projek ekonomi, pemasaran hasil tempatan & penglibatan PNK/Nelayan.
4. Meningkatkan jumlah bantuan input pertanian & perikanan
Status: Dilaksanakan
– Bantuan benih, baja, racun, peralatan & keperluan nelayan.
– Program penambahbaikan hasil tangkapan laut melalui PNK.
5. Mewujudkan kilang kecil / industri asas tani
Status: Tersedia melalui program agensi
– Pengaktifan bantuan kerajaan melalui Ko-Nelayan & agensi pertanian.
– Projek ekonomi desa dirancakkan melalui pasar malam & fasiliti pemasaran baharu.
6. Mengujudkan pusat sehenti / sokongan hasil-hasil tempatan
Status: Dilaksanakan melalui projek setara
– Pusat Pemindahan Kekal (PPK) yang juga berfungsi sebagai pusat komuniti.
– Pembangunan gerai, tamu dan ruang niaga strategik.
PENCAPAIAN TAMBAHAN (TIDAK ADA DALAM MANIFESTO, TETAPI BERJAYA DILAKSANAKAN)
(Sebagai nilai tambah kerja 1 penggal)
Bank pertama di Pitas – Agrobank
Balai Bomba Pitas (projek terbengkalai, berjaya disiapkan)
PPR Kg Indah diselesaikan
Loji Rawatan Air Ke-2 Pitas (beroperasi Okt 2025)
Rumah Mesra Rakyat (SMJ): 120 unit dibina 2022–2025
Pusat Pemindahan Kekal (PPK) bernilai RM6.5 juta
18 pencawang telekomunikasi + VSAT
1,000 tiang elektrik luar bandar
Jalan Salimpodon–Mantus Fasa 1 & 2
Pembangunan bandar baharu Pitas (rumah kedai + komersial)
Projek Perumahan & Komersial Kg Taka
500 belia berjaya dapat Lesen B2
Rumah Kebudayaan Kimaragang (KDCA)
Rumah Budaya pelbagai suku kaum (Dataran Pitas)
HASIL KERJA NYATA
Apabila dibandingkan mengikut susunan manifesto asal PRN16, dapat disahkan bahawa:
✔ Semua teras manifesto utama telah dilaksanakan dengan tahap kejayaan tinggi
✔ Banyak komponen disiapkan lebih awal atau lebih besar daripada janji asal
✔ Beberapa projek mega yang tidak ada dalam manifesto turut berjaya direalisasikan
✔ Tempoh 1 penggal menunjukkan rekod kerja yang jelas, konsisten dan berimpak besar untuk Pitas

